Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Fizikal
PEPATAH Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau aqal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam mewujudkan kewarasan akal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula mengatakan there is no health without mental health. Ungkapan ini pula melihat bahawa kesihatan yang menyeluruh itu tidak akan menjadi lengkap jika kesihatan mental terabai. Semua ini menyimpulkan kepada kita bahawa kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung kait dan tidak boleh dipisahkan. Sememangnya tidak wujud sama sekali erti kehidupan yang benar-benar sihat jika kesejahteraan mental itu diabaikan. Kesejahteraan mental, kestabilan emosi, kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang benar-benar sihat. Fenomena ini secara logiknya adalah sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang dinyatakan oleh World Health