Apakah Gamat?




TIMUN LAUT adalah haiwan invertebrata (tanpa tulang) marin mendiami kawasan bentik dan laut dalam. Timun laut meliputi 90% biojisim dasar laut, justeru itu merupakan komponen penting dalam ekosistem marin. Jumlah spesies timun laut dianggarkan melebihi 1200 dengan spesies baru dibincangkan setiap tahun sekali gus membuktikan bahawa kemampuan manusia termasuk dalam menerokai rahsia alam sebenarnya adalah amat terbatas seperti firman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhammad) : “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan” - (Surah Al-Kahfi : 109)


Menurut Prof Ridzwan Hashim, berbagai panggilan tempatan terhadap timun laut Malaysia telah diberikan mengikut suku kaum etnik tempatan samada sebagai bat, balat (Sabah), trepang (Indonesia), brunok, hoi-sum (Orang Cina) atau gamat (orang Melayu). Orang Portugis pula menyebut timun laut sebagai beche-de-mer. Rupa bentuk, saiz dan warna timun laut adalah berbagai dan bergantung kepada spesies.


Bagi penduduk pesisiran pantai Semenanjung Malaysia, spesies timun laut Stichopus horrens (2012) atau terkini Stichopus variegatus daripada Genus Stichopus yang lebih dikenali sebagai ‘gamat emas’ kerana warna badannya yang kekadang kelihatan dalam air seperti tongkol emas. Spesies gamat ini merupakan spesies paling terkenal di kalangan para pengamal perubatan tradisional sebagai antara sumber ubat-ubatan dalam rawatan tradisional. Gamat spesies ini hanyalah dimakan semata-mata untuk merawat sesuatu penyakit dalaman. Namun, perlu difahami di sini, Gamat adalah timun laut dan bukan semua timun laut itu adalah gamat!


Sebenarnya cerita tentang gamat ada diceritakan dalam Al Quran :


Gamat mendapatkan makanannya daripada pati tanah iaitu nutrien yang terdapat dalam pasir di dasar lautan dengan menyedut pasir ke dalam mulutnya. Melalui proses osmosis, segala nutrien yang terdapat dalam tanah tadi diserap ke dalam badan gamat. Kemudian, hampas tanah tadi dikeluarkan semula daripada badan gamat menjadi "baja" kepada hidupan lain di atas tanah di dasar lautan. Sebab itu, jika anda dapatkan gamat yang original, apabila anda belah badannya, anda akan dapati terdapat butiran pasir laut di dalam badannya. Sebab itu, gamat sangat kaya dengan pati tanah. Ia satu-satunya makanan laut yang zero kolesterol.

Hari ini kita lihat kenapa manusia kerap sakit dan banyak penyakit wujud disebabkan kita kurang makan makanan daripada pati tanah. Ini diceritakan dalam Al-Quran tentang asal kejadian manusia iaitu berasal dari saripati tanah.



Jadi, kurangnya pengambilan makanan berasaskan pati tanah menyebabkan sel badan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Contoh makanan berasaskan pati tanah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ayam dulu seperti ayam kampung makan makanan daripada pati tanah tetapi ayam moden masa kini mengambil masa 40 hari untuk membesar. Sebab itu, ramai yang sakit hari ini. Justeru, untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik, kita harus kembali semula kepada asal usul kita kerana di situ punca bermula segala-galanya. DAN berita baiknya, gamat kaya dengan pati tanah.


Gamat - Warisan Malaysia

Sejak beberapa ratus tahun dahulu, masyarakat Melayu telah menggunakan gamat sebagai ubat serbaguna dan makanan kesihatan untuk mencegah penyakit, kekal sihat dan cergas. Menurut Lagenda Langkawi, Puteri Mahsuri menggunakan gamat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Buku Perubatan Cina yang terkenal juga mencatatkan kehebatan dan keberkesanan gamat yang diumpamakan sebagai “Ginseng” dari laut.



Jumlah spesies (jenis) timun laut dianggarkan 1200 spesies di seluruh dunia. Di Perairan Malaysia pula terdapat lebih daripada 43 jenis timun laut di pantai-pantai seperti Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tetapi yang selamat tanpa kesan sampingan untuk dimakan dan digunakan sebagai sumber perubatan tradisional hanya 4 jenis spesies gamat sahaja.

Warna timun laut adalah berbagai-bagai, biasanya bercampur-campur; kelabu, hitam, perang, putih tompok hotam dan sebagainya. Malah, spesies yang paling tinggi nilai perubatan, berkhasiat dan berkualiti tinggi ialah gamat yang berwarna kuning keemasaan iaitu gamat emas (nama saintifiknya ialah Stichopus horrens (2012) dahulunya dikenali dengan Stichopus hermanii).



Kajian & Penyelidikan Saintifik Terhadap Gamat

Pelbagai kajian telah dikendalikan di Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea untuk mengenalpastikan nilai perubatan dan keajaiban gamat. Ia membantu orang mengatasi masalah tekanan darah, asma, reumatisme, luka-luka, kencing manis dan lain-lain lagi.

Gamat “Senjata baru Malaria”, kajian yang dibuat oleh penyelidik London seperti dilaporkan di akhbar The Star, 24 Disember 2007, Isnin.




Saintis tempatan juga menjalani pelbagai kajian mengenai gamat yang misteri ini seperti 2 institusi yang berikut :

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Keberkesanan gamat (Stichopus variegatus) terhadap masalah penyakit / keadaan berikut :

- Mengecutkan rahim. (Bagus kepada wanita selepas bersalin)

- Kardiovaskular (saluran darah)

- Menormalisasikan tekanan darah kepada tahap yang normal

- Penyembuhan luka

- Anti-bakteria (kebersihan diri terutama wanita yang mengalami masalah keputihan)


2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Profesor Dr. Ridzwan Hashim (Bapa Gamat Malaysia)


- Profesor Sains Bio Perubatan dan Timbalan Pengarah Kampus, UIAM, Kuantan.

- Minat beliau dalam gamat bermula sejak tahun 1983 semasa berkhidmat di kampus cawangan UKM, Sabah. Hasil penyelidikan beliau, telah diterbitkan dalam karya-karya berikut :

1. Sumber Makanan Laut Sabah (1993) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - terbitan pertama dalam bidang ini di Malaysia.

2. Gamat (2004) diterbitkan oleh Luxor Network Sdn Bhd. Dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa spesies gamat emas adalah amat selamat dimakan dan mempunyai nilai terapeutik dan khasiat yang tertinggi!

3. Sea Cucumbers : A Malaysian Heritage (2007), diterbitkan oleh UIAM.

- Beliau dan kumpulan penyelidiknya telah menjalani pelbagai kajian tentang keberkesanan gamat (Stichopus variegatus) terhadap masalah penyakit / keadaan berikut :

1. Kesan analgestik (Penahan sakit semulajadi)

2. Artritis aruhan

3. Saluran koronari (saluran darah)

4. Menghalang respon kekejangan perut

5. Leukosit (sel darah putih)

6. Gastrik

7. Anti-kanser & lain-lain seperti jadual berikut :


* Nama saintifik terkini (2012) bagi spesies gamat emas adalah Stichopus horrens 

Jadual : Spesies Timun Laut Berpotensi Sebagai Sumber Terapeutik (Ridzwan et al., 2007)





Perintis Gamat Secara Saintifik

 

ANA EDAR SDN BHD sebuah syarikat muslim yang telah ditubuhkan sejak 1983 telah mengetengahkan produk kesihatan yang terunggul di dunia berasaskan gamat sebagai remedi tradisional untuk gaya hidup keluarga moden hari ini. 

Melalui jenama Sari Gamat Gold, Ana Edar Sdn Bhd tekad untuk melaksanakan misi evolusi jihad ekonomi dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui perniagaan gamat. Nilai dan kemujaraban produk gamat Sari Gamat Gold telah memanfaatkan ramai pengguna di Malaysia. Ini juga telah membuka peluang perniagaan baru kepada para RANIA untuk mengembangkan jenama Sari Gamat Gold ke pasaran baru seperti di Singapura, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara lagi.

Untuk mengangkat nilai produk warisan Malaysia berasaskan gamat, Ana Edar Sdn Bhd kini  telah membentuk 1 piawaian, iaitu The GOLD Standard untuk industri produk gamat.


Khasiat & Kebaikan



Selepas masalah penyakit bertambah baik, adalah dinasihatkan supaya teruskan amalan pengambilan Jeli Gamat Emas Sari Gamat GOLD sebagai makanan kesihatan, ia membantu mencegah penyakit daripada kembali semula, di samping mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Pengambilan makanan kesihatan ini harus dijadikan sebagai amalan harian untuk membantu kita mencegah pelbagai penyakit, kekal sihat dan cergas.

Untuk mencapai “The GOLD Standard of Health”, selain mengamalkan makanan kesihatan, kita juga perlu melakukan senaman, menjalani cara hidup yang sihat, dan sentiasa ceria dan gembira!

Rancangan TV3 telah menayangkan “Rahsia Kesihatan dan Kecantikan dari Timur - Gamat” pada tahun 2007. Menurutnya rahsia ini telah diturun temurun oleh nenek moyang di kalangan masyarakat Melayu sehingga kini. Mengurut menggunakan minyak gamat dan amalan makan gamat dipercayai boleh menyembuh luka dalaman, di samping memberi tubuh badan yang langsing dan cantik kepada seseorang ibu selepas bersalin. Urutan pada rambut dengan minyak gamat juga boleh menguatkan struktur rambut dan menyihatkan rambut. Penggunaan berterusan produk muka gamat membolehkan muka menjadi licin, lembut dan cantik.



Like fb page kami : --->>> https://www.facebook.com/JeliGamatGold



Disediakan oleh,
MOHD ZARIMAN MANSOR

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Luxor Jeli Gamat GOLD

Fungsi Jeli Gamat Emas (Royal Gamat Liquid Tradisea)